Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat. Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” (petikannya di sini )
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.
Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?
Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?
Memang sah tak bagus
Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.
Contoh 2:
Tahun 2005 dengan RM1 anda boleh beli 5 Biji Kuih
Tahun 2010 dengan RM1 and boleh beli 3 Biji Kuih Sahaja
Tahun 2015 ??? Kemungkinan 1 biji Kuih = RM2
Contoh 3 :
Tahun 2005 Rumah Semi D Terrace = RM 99,00 = 1.5 KG EMAS
Tahun 2010 Rumah Semi D Terrace = RM 230,000 = 1.5 KG EMAS
Harga Rumah berubah disebabkan Kenaikan harga barang tetapi Berat Emas tetap sama Cuma nilai berbeza bertambah. So untung tak simpan Emas ??
Adakah anda ingin jadi begini ???
Wang Kertas yang dicetak tanpa sandaran akan jadi begini...seperti menjual surat khabar di tepi jalan sahaja...So mulalah bertindak sekarang...
3.0 Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD1430
Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.
Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.
Awal Tahun 2010 1 GRAM EMAS 999.9 = RM 108/GRAM
Akhir Tahun 2010 1 GRAM EMAS 999.9 = RM166/GRAM
Cuba Kira Berapa Peratus Kenaikan Harga Emas ??? = 53% Betul ??
Bayangkan Tuan/Puan Beli Emas 1kg Pada Awal Tahun = RM108K
Akhir Tahun Nilai Emas Tuan/Puan = RM166K
Hebatkan !!!!!
Cuba Bayangkan Tuan Beli Pada Tahun 2005 ??? Ketika itu Emas RM60/gram
Hihihih Sudah Tertentu Tak Terkira Jumlah ye J
Ayuh Simpan Emas Sekarang…..Tiada yang akan bernilai pada masa hadapan Kecuali Emas diwaktu Ekonomi Gawat…
Kesimpulan:
Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.
Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..
Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting
Wang = Emas
Simpan wang = Simpan emas
Sebarang Pertanyan Boleh hubungi : En.Anuar - 017-7990016
Sebarang Pertanyan Boleh hubungi : En.Anuar - 017-7990016
No comments:
Post a Comment